Monday, September 15, 2008

Penentuan Awal Bulan Hijri


Assalamualaikum w.b.t.

Islam itu adalah agama yang syumul. Justeru dalam bab penentuan tarikh pun Islam sangat menitikberatkan akan kepentingannya. Oleh yang demikian melalui ruang yang terhad ini ingin saya berkongsi dengan sahabat semua bagaimana awal bulan hijri itu ditentukan.

Tentu ramai yang tidak memahami ataupun tidak tahu bagaimana penentuan awal bulan hijri itu ditentukan. Pengetahuan terhadap penentuan awal bulan hijri ini boleh dikatakan wajib kepada semua muslim sebab ia bersangkut paut dengan aktiviti ibadah fardu terutamanya haji dan puasa. Sehubungan itu pengetahuan terhadap pelbagai tarikh penting dalam islam seperti eidul fitri,eidul adha dan hari tasyrik disamping penggunaan kalender hijri juga penting kerana menunjukkan kita mengizzahkan islam dalam kehidupan seharian kerana kita adalah orang Islam dan mesti hidup dengan cara Islam.


Dalil-Dalil

Firman Allah Taala maksudnya :

"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji"
(surah al-Baqarah ayat 189)

Allah s.w.t memberitahu bahawa bulan adalah ketentuan waktu bagi manusia, dan ini berlaku secara umum untuk segala hal, sementara haji disebutkan secara khusus, kerana ia memiliki keistimewaan. Atas dasar inilah maka beberapa kewajipan di dalam syariat islam mempunyai waktu-waktu tertentu yang mana bulan menjadi penentunya. Termasuk juga ibadah puasa dan masa i'dah, ia juga disebutkan di dalam Al-Quran.

Hadis Nabi SAW

disebutkan di dalam kitab Sahih al-Bukhari, daripada Abdullah Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Puasalah kamu sekalian sekiranya sudah melihat anak bulan dan berbukalah kamu jika sudah melihat anak bulan. Apabila anak bulan tersebut tertutup atau tidak dilihat oleh kamu, maka genapkanlah hitungan bulan Sya'aban 30 hari"

Apabila Abdullah ibn Umar r.a. telah melalui hari ke 29 daripada bulan Sya'aban, maka dia akan menyuruh seseorang untuk melihat bulan. Apabila orang tersebut telah melihatnya, maka itulah (petanda awal bulan Ramadhan), tetapi jika dia belum melihatnya dan tidak ada awan atau kabus yang menghalangi pemandangannya, maka itu petabda belum masuk waktu puasa. Akan tetapi, jikalau awan atau kabus menghalang pandangan ketika itu, maka dianggap sudah tiba waktu puasa.


Kriteria Imkanur-Rukyah

Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah
(kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan apabila kedudukan hilal
ketika matahari terbenam pada akhir bulan qamariah berada dalam keadaan yang
memungkinkan kenampakannya.

Jawatankuasa Kaji semula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data
rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara anggota MABIMS iaitu Malaysia dan
Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan
satu kriteria imkanur-rukyah kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk
diterimapakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan
Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992
di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah sekiranya ijtimak telah berlaku pada 29
Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal
dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

(a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak
kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang
daripada 3°.

ATAU

(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam
(selepas ijtimak berlaku). (ijtimak = bumi,bulan dan matahari berada dalam satu baris)

Mulai 1995 pemakaian kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua
bulan-bulan qamariah.

Kedudukan Hilal Kriteria Imkanur-Rukyah;



Kedudukan Hilal Relatif Dengan Matahari Ketika Matahari Terbenam Bagi
Kenampakan Awalnya Hilal Menurut Kriteria MABIMS

Umur Hilal (anak bulan) Keluar Dari Garis Ijtimak, Sama atau Lebih 8 Jam


Kesimpulannya kita perlulah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai hal ehwal agama kita dengan lebih serius lagi. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah fardhu keatas setiap muslim.

sekian...
created by ako

No comments: