Pernahkah kita terfikir bagaimana cakerawala yang tidak berpenghujung ini terbentuk? Bagaimana Bumi, matahari,bulan dan bintang-bintang yang hebat ini dapat muncul? Tahukah kita alam ini dipenuhi dengan berbagai benda menarik termasuk juga Bumi, bulan dan matahari? Tahukah kita
bahawa keseimbangan halus wujud di alam ini yang memberikan keadaan yang baik untuk hidup?
Sekarang mari kita mula pelajari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini, dan bagaimana Allah menjadikan alam ini.
Suatu Masa Dahulu Alam Ini Tidak
Wujud!
Pada zaman dahulu, pengetahuan manusia tentang angkasa amat terbatas. Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk meneroka angkasa masih belum cukup maju seperti sekarang. Oleh itu, kadangkala manusia mempunyai pendapat-pendapat aneh tentang bagaimana alam ini terbentuk. Pendapat yang menyatakan alam ini telah sedia ada, merupakan pendapat paling lucu. Sebelum manusia mempunyai teleskop dan peralatan untuk mengkaji langit, beberapa orang dungu mencadangkan alam ini tidak mempunyai permulaan tetapi telah sedia wujud dan akan terus wujud untuk selama-lamanya. Bagaimanapun, ia tidak masuk akal! Rumah dan bangunan sekolah kita telah dibina pada tarikh tertentu. Malah ayat-ayat yang kita baca sekarang ini juga telah ditulis pada waktu tertentu. Begitu juga kita, ibu dan bapa kita juga mempunyai tarikh lahir. Ini bererti semua benda sama ada bernyawa atau tidak wujud pada waktu tertentu. Pernyataan, “Alam ini tidak mempunyai tarikh lahir, kerana ia telah sedia wujud”, adalah mengarut. Tiada siapa yang akan mempercayainya kini. Biar saya berikan satu contoh: di dalam perjalanan kita ke sekolah, bayangkan kita melalui jalan yang berbeza dan telah menemui sebuah patung. Apa yang akan kita fikirkan? Sudah tentu kita akan berfikir, “Seorang pemahat telah menghasilkan
Kenyataan bahawa terdapat seorang pengukir yang telah mereka dan menjadikan patung ini, mengingatkan kita bahawa sudah tentu terdapat seorang pencipta yang menjadikan kita, dan tiada apa pun dapat berlaku secara spontan.
patung ini dan meletakkannya di sini”, bukankah begitu? Bagaimana sekiranya seorang rakan kita menyatakan, “Tidak, patung ini telah sedia ada di sini; tiada siapa mengukirnya”? Mungkin kita akan berkata kepadanya, “Jangan mengarutlah! Setiap kerja seni mempunyai pembuatnya!”, bukankah begitu? Mereka yang mendakwa alam ini telah sedia wujud mempunyai pemikiran lebih mengarut daripada rakan kita yang mendakwa patung tersebut telah sedia ada di situ. Patung hanyalah sebiji batu yang dipahat, tetapi cakerawala ini mengandungi banyak bintang-bintang di langit dan sistem-sistem yang lebih rumit dan sukar daripada sebiji batu.
Terima kasih kepada penemuan astronomi, kesilapan dakwaan alam ini telah sedia wujud sudah menjadi nyata. Kajian ini menunjukkan bahawa seperti mana benda-benda lain, alam ini juga mempunyai permulaan. Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin Hubble. (pakar astronomi ialah mereka yang mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi-galaksi). Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi. Suatu hari, pada tahun 1929, beliau mendapati bintangbintang bergerak
Ia bukan gerakan rawak biasa. Bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita secara berterusan. Di samping itu, ia juga bergerak daripada satu sama lain. Sebuah cakerawala yang semua benda bergerak daripada benda-benda lain bererti cakerawala tersebut sedang membesar. Hanya seratus tahun dahulu manusia mula mengetahuinya. Hari ini, semua ahli sains bersetuju bahawa bintang-bintang bergerak daripada satu sama lain begitu juga dengan Bumi. Pergerakan bintang-bintang ini adalah satu maklumat
penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang–bintang ini bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup. Sekarang mari kita senaraikan satu persatu apa yang telah kita perhatikan:
• Bintang-bintang bergerak secara berterusan;
• Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;
• Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali bercantum.
Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali pada satu titik. Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud daripada ketiadaan: Allah telah menjadikannya.
Kita akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ketiadaan” dengan menjawab tiga soalan ringkas ini:
1. Berapa usia kita setahun dahulu?
Kita mungkin menjawab, “Setahun lebih muda”.
2. Jika kita menghitung usia kita ke belakang tahun demi
tahun, berapakah usia terakhir kita?
Jawapan kita mungkin “satu”. Setahun selepas kelahiran kita, kita berusia setahun. Bagaimanapun, selepas kelahiran kita belum cukup tua untuk mempunyai umur. Ini dapat menjelaskan “usia sifar”.
3. Fikirkan tentang tahun sebelum hari jadi kita yang
pertama! Berapakah umur kita? Di manakah kita
ketika itu?
Kita mungkin menjawab dengan berkata, “Saya belum wujud ketika itu”. Kita tidak wujud sebelum ibu kita mengandung. Jika kita undurkan masa untuk tubuh kita, kita akan dapati tubuh kita akan hilang pada akhir operasi ini. Setiap tahun apabila masa berundur, tubuh kita akan menjadi makin kecil dan kecil, sehingga kita menjadi seorang bayi di dalam rahim ibu kita. Jika operasi ini diteruskan, kita akan sampai pada ketika ibu kita belum mengandung.
Alam ini tidak wujud sebelum Allah menciptanya. Apabila kita mengundurkan masa, cakerawala ini juga akan menjadi lebih muda. Ia menjadi semakin kecil sehingga menjadi satu titik dan akhirnya hilang. Semua ini membuktikan cakerawala ini telah “dicipta”. Sementara itu, ingatkan diri kita bahawa kita menggunakan perkataan “mencipta/menjadikan” apabila kita hendak menerangkan sesuatu didatangkan daripada ketiadaan. Hanya Allah dapat mewujudkan sesuatu daripada ketiadaan. Dengan
kata lain, hanya Allah dapat “mencipta” sesuatu. Manusia juga dapat menghasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini. Contohnya, mereka boleh membuat lukisan. Mereka dapat membina kapal-kapal. Bagaimanapun, sebenarnya, manusia hanya dapat menghasilkan sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dunia ini dan dengan meniru benda-benda yang telah sedia wujud di dunia ini. Oleh itu, kita tidak boleh menamakannya “ciptaan”. Ciptaan ialah menghasilkan sesuatu tanpa sebarang contoh ikutan. Allah telah mencipta segalanya di alam ini, termasuk Bumi, daripada ketiadaan.
Bolehkah kita melukis
sesuatu yang belum pernah
kita saksikan? Ini
mustahil, kerana hanya
Allah sahaja yang dapat
mencipta sesuatu tanpa
contoh dahulu. Sedangkan
benda-benda yang para
artis hasilkan daripada
otak mereka sebenarnya
berasal daripada bendabenda
yang telah mereka
lihat.
Manusia meniru apa yang telah Allah cipta, seperti apabila membuat lukisan. Jika kita diminta melukiskan satu landskap di atas sekeping kertas, apa yang akan kita lukis? Sudah tentu kita akan melukis matahari, sebuah gunung, beberapa batang pokok, sejalur pelangi dan laut. Tetapi, pernahkah kita fikirkan bahawa mustahil kita dapat melukis sebatang pokok sekiranya kita tidak pernah melihatnya? Fikirkan seorang yang buta sejak lahir. Di hanya mengetahui matahari bulat dan bercahaya, apabila ada orang yang menggambarkannya kepadanya. Dia hanya akan tahu apabila dia melihatnya sendiri. Sahabat-sahabat! Apa yang ditunjukkan oleh contoh-contoh ini, ialah hanya Allah mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu tanpa contoh. Al-Quran, kitab Allah yang diturunkan kepada manusia sebagai panduan, memberitahu kita seperti berikut: (Dia lah) yang menciptakan langit dan Bumi… (Surah Al-An’am:101)
Sekarang masanya untuk mempelajari bagaimana Allah mencipta alam ini. Pasti kita tertanya-tanya betapa hebatnya peristiwa yang telah berlaku.
To be continue…
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
