Tuesday, November 18, 2008

20 CARA MUDAH JIMAT DUIT.

Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial planning) berdasarkan kemampuan masing-masing.

Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat dan tujuan artikel ini dibuat, maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.

1. Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.

Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak!

2. Beli barangan second hand @ lelong murah
Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my

Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu
boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.

3. Musim Promosi & Megasale
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.

Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk,MyMode dan Mobile Money
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau seba¬liknya.

Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat duit prepaid boleh juga try Bisnes MyMode atau Mobile Money. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode Mobile Money berbila masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai.

MyMode dan Mobile Money adalah company jual topup yang dapat menyakinkan
pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point di ATM Maybank (bagi mymode) dan CIMB Bank (bagi Mobile Money) seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.

5. Kitar Semula / Recycle
Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukar¬kan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.

7. Beriadah di tempat awam
Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakan¬nya saja.

Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung ming¬gu, di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan
Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.

Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan ber¬inspirasi. Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better ran¬cang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.

Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang ban-yak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

10. Masak & Makan di rumah
Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang
boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol
Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunak¬an kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana.

Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda
Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, bet-ter buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup wa¬lau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.

Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut
lelama.

13. Jimat letrik & air
Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung min¬ggu. Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggu¬naan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.
Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan
kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.
Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak.
Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan
banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center
seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist
Center dan sebagainya.

Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan!
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih nilai untuk wang anda !

15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu saha¬ja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak
merugikan malah menguntungkan lagi.

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak
Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenan¬gi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelan¬jakan.

17. Beli domain & hosting masa promosi
Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung di
www.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang meningkat
naik di Malaysia.

Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang mana anda diberi domain panel untuk point kepada memana hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon
harga terendah.

18. Dial Up vs Streamyx
Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti.

Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz part time. Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz,

19. Bayar Bil Online
Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

20. Berhenti Merokok
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.

Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda. Jika nak berhenti boleh dapatkan ebook free How To Stop Smoking di RahsiaEbiz.Com.
Kesimpulan
Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada
dibazirkan begitu sahaja. Ia bertitik tolak daripada kesedaran dan
perancangan kewangan yang teliti.Walau apapun, rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional.

Telitisetiap aliran masuk dan keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan kita setiap hari ?

Pastikan anda menyimpan ‘savings‘ sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda sebulan di dalam memana tempat pelaburan islamik yang menguntungkan.

Jika anda mengalami masalah defisit atau hutang, ini bermakna perlukan penyelesaian yang lebih ketat supaya dapat menyelesaikan hutang anda dengan lebih tersusun

Jangan lupa untuk memberi zakat dan bersedekah amal jariah
kerana ia adalah salah satu rahsia tersimpan di mana Allah swt akan
melipatgandakan rezeki bagi mereka yang menginfaqkan harta mereka ke jalan fisabilillah.

Dengan ini semoga diharapkan semua tips-tips ini akan memudahkan anda merancang kewangan dengan lebih baik seterusnya memberi masa depan yang lebih berjaya. Sekian wassalam :)

Sumber dari : Code7 aka Fahmy
Webmaster Softhands.Com.My & RahsiaEbiz.Com

Wednesday, October 8, 2008

Hebatnya Tuhan!

Pernahkah kita terfikir bagaimana cakerawala yang tidak berpenghujung ini terbentuk? Bagaimana Bumi, matahari,bulan dan bintang-bintang yang hebat ini dapat muncul? Tahukah kita alam ini dipenuhi dengan berbagai benda menarik termasuk juga Bumi, bulan dan matahari? Tahukah kita
bahawa keseimbangan halus wujud di alam ini yang memberikan keadaan yang baik untuk hidup?
Sekarang mari kita mula pelajari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini, dan bagaimana Allah menjadikan alam ini.

Suatu Masa Dahulu Alam Ini Tidak
Wujud!


Pada zaman dahulu, pengetahuan manusia tentang angkasa amat terbatas. Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk meneroka angkasa masih belum cukup maju seperti sekarang. Oleh itu, kadangkala manusia mempunyai pendapat-pendapat aneh tentang bagaimana alam ini terbentuk. Pendapat yang menyatakan alam ini telah sedia ada, merupakan pendapat paling lucu. Sebelum manusia mempunyai teleskop dan peralatan untuk mengkaji langit, beberapa orang dungu mencadangkan alam ini tidak mempunyai permulaan tetapi telah sedia wujud dan akan terus wujud untuk selama-lamanya. Bagaimanapun, ia tidak masuk akal! Rumah dan bangunan sekolah kita telah dibina pada tarikh tertentu. Malah ayat-ayat yang kita baca sekarang ini juga telah ditulis pada waktu tertentu. Begitu juga kita, ibu dan bapa kita juga mempunyai tarikh lahir. Ini bererti semua benda sama ada bernyawa atau tidak wujud pada waktu tertentu. Pernyataan, “Alam ini tidak mempunyai tarikh lahir, kerana ia telah sedia wujud”, adalah mengarut. Tiada siapa yang akan mempercayainya kini. Biar saya berikan satu contoh: di dalam perjalanan kita ke sekolah, bayangkan kita melalui jalan yang berbeza dan telah menemui sebuah patung. Apa yang akan kita fikirkan? Sudah tentu kita akan berfikir, “Seorang pemahat telah menghasilkan

Kenyataan bahawa terdapat seorang pengukir yang telah mereka dan menjadikan patung ini, mengingatkan kita bahawa sudah tentu terdapat seorang pencipta yang menjadikan kita, dan tiada apa pun dapat berlaku secara spontan.

patung ini dan meletakkannya di sini”, bukankah begitu? Bagaimana sekiranya seorang rakan kita menyatakan, “Tidak, patung ini telah sedia ada di sini; tiada siapa mengukirnya”? Mungkin kita akan berkata kepadanya, “Jangan mengarutlah! Setiap kerja seni mempunyai pembuatnya!”, bukankah begitu? Mereka yang mendakwa alam ini telah sedia wujud mempunyai pemikiran lebih mengarut daripada rakan kita yang mendakwa patung tersebut telah sedia ada di situ. Patung hanyalah sebiji batu yang dipahat, tetapi cakerawala ini mengandungi banyak bintang-bintang di langit dan sistem-sistem yang lebih rumit dan sukar daripada sebiji batu.

Terima kasih kepada penemuan astronomi, kesilapan dakwaan alam ini telah sedia wujud sudah menjadi nyata. Kajian ini menunjukkan bahawa seperti mana benda-benda lain, alam ini juga mempunyai permulaan. Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin Hubble. (pakar astronomi ialah mereka yang mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi-galaksi). Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi. Suatu hari, pada tahun 1929, beliau mendapati bintangbintang bergerak


Ia bukan gerakan rawak biasa. Bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita secara berterusan. Di samping itu, ia juga bergerak daripada satu sama lain. Sebuah cakerawala yang semua benda bergerak daripada benda-benda lain bererti cakerawala tersebut sedang membesar. Hanya seratus tahun dahulu manusia mula mengetahuinya. Hari ini, semua ahli sains bersetuju bahawa bintang-bintang bergerak daripada satu sama lain begitu juga dengan Bumi. Pergerakan bintang-bintang ini adalah satu maklumat
penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang–bintang ini bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup. Sekarang mari kita senaraikan satu persatu apa yang telah kita perhatikan:
• Bintang-bintang bergerak secara berterusan;
• Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;
• Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali bercantum.
Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali pada satu titik. Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud daripada ketiadaan: Allah telah menjadikannya.

Kita akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ketiadaan” dengan menjawab tiga soalan ringkas ini:
1. Berapa usia kita setahun dahulu?
Kita mungkin menjawab, “Setahun lebih muda”.
2. Jika kita menghitung usia kita ke belakang tahun demi
tahun, berapakah usia terakhir kita?
Jawapan kita mungkin “satu”. Setahun selepas kelahiran kita, kita berusia setahun. Bagaimanapun, selepas kelahiran kita belum cukup tua untuk mempunyai umur. Ini dapat menjelaskan “usia sifar”.
3. Fikirkan tentang tahun sebelum hari jadi kita yang
pertama! Berapakah umur kita? Di manakah kita
ketika itu?
Kita mungkin menjawab dengan berkata, “Saya belum wujud ketika itu”. Kita tidak wujud sebelum ibu kita mengandung. Jika kita undurkan masa untuk tubuh kita, kita akan dapati tubuh kita akan hilang pada akhir operasi ini. Setiap tahun apabila masa berundur, tubuh kita akan menjadi makin kecil dan kecil, sehingga kita menjadi seorang bayi di dalam rahim ibu kita. Jika operasi ini diteruskan, kita akan sampai pada ketika ibu kita belum mengandung.

Alam ini tidak wujud sebelum Allah menciptanya. Apabila kita mengundurkan masa, cakerawala ini juga akan menjadi lebih muda. Ia menjadi semakin kecil sehingga menjadi satu titik dan akhirnya hilang. Semua ini membuktikan cakerawala ini telah “dicipta”. Sementara itu, ingatkan diri kita bahawa kita menggunakan perkataan “mencipta/menjadikan” apabila kita hendak menerangkan sesuatu didatangkan daripada ketiadaan. Hanya Allah dapat mewujudkan sesuatu daripada ketiadaan. Dengan
kata lain, hanya Allah dapat “mencipta” sesuatu. Manusia juga dapat menghasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini. Contohnya, mereka boleh membuat lukisan. Mereka dapat membina kapal-kapal. Bagaimanapun, sebenarnya, manusia hanya dapat menghasilkan sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dunia ini dan dengan meniru benda-benda yang telah sedia wujud di dunia ini. Oleh itu, kita tidak boleh menamakannya “ciptaan”. Ciptaan ialah menghasilkan sesuatu tanpa sebarang contoh ikutan. Allah telah mencipta segalanya di alam ini, termasuk Bumi, daripada ketiadaan.


Bolehkah kita melukis
sesuatu yang belum pernah
kita saksikan? Ini
mustahil, kerana hanya
Allah sahaja yang dapat
mencipta sesuatu tanpa
contoh dahulu. Sedangkan
benda-benda yang para
artis hasilkan daripada
otak mereka sebenarnya
berasal daripada bendabenda
yang telah mereka
lihat.



Manusia meniru apa yang telah Allah cipta, seperti apabila membuat lukisan. Jika kita diminta melukiskan satu landskap di atas sekeping kertas, apa yang akan kita lukis? Sudah tentu kita akan melukis matahari, sebuah gunung, beberapa batang pokok, sejalur pelangi dan laut. Tetapi, pernahkah kita fikirkan bahawa mustahil kita dapat melukis sebatang pokok sekiranya kita tidak pernah melihatnya? Fikirkan seorang yang buta sejak lahir. Di hanya mengetahui matahari bulat dan bercahaya, apabila ada orang yang menggambarkannya kepadanya. Dia hanya akan tahu apabila dia melihatnya sendiri. Sahabat-sahabat! Apa yang ditunjukkan oleh contoh-contoh ini, ialah hanya Allah mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu tanpa contoh. Al-Quran, kitab Allah yang diturunkan kepada manusia sebagai panduan, memberitahu kita seperti berikut: (Dia lah) yang menciptakan langit dan Bumi… (Surah Al-An’am:101)

Sekarang masanya untuk mempelajari bagaimana Allah mencipta alam ini. Pasti kita tertanya-tanya betapa hebatnya peristiwa yang telah berlaku.
To be continue…

Sunday, September 28, 2008

seronoknya berbuka....:)

hari ni kami berbuka ramai-ramai macam biasa tapi hari ni berbeza sikit dari hari lain sebab hari ni kami sekeluarga berbuka di luar... bukan di restoran @ hotel @ kedai makan tapi kat rumah sendiri...hehehe...;p kami tak makan di dapur,kami makan di porch rumah...saja tukar angin nak makan kt meja makan....kalo di dapur kami makan bersila...best...;p
mama kata 'hari ni semua ada...so kite makan kt meja makan kt porch luar...'
best btol...riuh...mama + abah + kami 6 beradik...kecoh...hehehe...;p
seronok kalau sekali sekala @ selalu camni...baru la dikatakan 'BAITI JANNATI...'
time kasih sebab selalu masak sedap2...abah pn macih jugak sebab beli barang untuk mama masak... emm...INSYAALLAH selasa ni buka cmni lagi sebab tuggu abg ayi...coz sok abg ayi nak balik bagan serai...dia kena kerja lagi...hari selasa baru balik sini....:)
BESSSSTTTTNNNYYYEEEE....hehehe...;p

Saturday, September 27, 2008

balik kampung....:)

emm...semalam saya balik kampung kt Sabak Bernam...seronok sangat...:)
Saya balik naik bas ngan classmate,kak akma. ramai betul orang kt station bus. semua seronok nk balik kampung. Bas kmi jam 10 pagi...sementara tunggu bas kami lepak2 kt tempay menuggu. saya suka tengok orang...best....rase terhibur...hehehe....;p tengah seronok tengok orang tiba2 saya dengar orang bagi salam n jawab salam...mungkin kawan dia kot. bagusnye budaya memberi salam ni terus diteapkan dalam diri setiap Muslim...:) tapi saya rase pelik...masa bagi salam sebutan dan ejaannya sama...
'aif lam sin lam alif mim 'ain lam ya kaf mim'
...sebutnya...'ASSALAMU'ALAIKUM'...btol....tp bila jawab,ejaan dan sebutan tak sama plak...'wau 'ain lam ya kaf mim alif lam sin lam alif mim'...tapi ramai orang sebut 'WA'ALAIKUMSALAM'...kenapa tidak 'WA'ALAIKUMUSSALAM'? ustaz sekolah saya pun pernah tanya...mana hilangnya alif, lam dan syaddah? emmm...kenapa ye? emm....:)
emm..stop smpai cni dulu...saya nk tolong MAMA TERSAYANG di dapur....
ila al-liqa'....

Thursday, September 25, 2008

Mari Mengenal 10 Malaikat....

Assalamualaikum semua.....
emmm.....jarang rasanye update blog....
tiba-tiba hari ni rasa nak update...mungkin sebab pagi tadi ustazah Hidayah tanye camne ngan blog? hu3...tiba-tiba ada semangat nk update..... emm...hari ni saya tak nak berceloteh tapi saya nk ajak semua bernasyid.... nasyid ni bukan la nasyid betul pun tapi diolah jadi nasyid...:)
saya belajar nasyid ni pun masa sya jadi guru ganti kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Khir Johari....jom....:)
MARI BERNASYID.....:)

Mari mengenal...
Sepuluh malaikat...
Diciptakan daripada cahaya...
Ia juga rukun Iman kedua...
Mari kita hafalkan namanya.....
Jibril...Mikail...
Riduan....Malik...
Raqib...'Atid...
Munkar....Nakir...
Israfil....Izrail....
Semuanya.....
Sepuluh malaikat....kita hafal namanya....
.................................

Habis dah...semoga terhibur.....:)

Monday, September 15, 2008

Penentuan Awal Bulan Hijri


Assalamualaikum w.b.t.

Islam itu adalah agama yang syumul. Justeru dalam bab penentuan tarikh pun Islam sangat menitikberatkan akan kepentingannya. Oleh yang demikian melalui ruang yang terhad ini ingin saya berkongsi dengan sahabat semua bagaimana awal bulan hijri itu ditentukan.

Tentu ramai yang tidak memahami ataupun tidak tahu bagaimana penentuan awal bulan hijri itu ditentukan. Pengetahuan terhadap penentuan awal bulan hijri ini boleh dikatakan wajib kepada semua muslim sebab ia bersangkut paut dengan aktiviti ibadah fardu terutamanya haji dan puasa. Sehubungan itu pengetahuan terhadap pelbagai tarikh penting dalam islam seperti eidul fitri,eidul adha dan hari tasyrik disamping penggunaan kalender hijri juga penting kerana menunjukkan kita mengizzahkan islam dalam kehidupan seharian kerana kita adalah orang Islam dan mesti hidup dengan cara Islam.


Dalil-Dalil

Firman Allah Taala maksudnya :

"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji"
(surah al-Baqarah ayat 189)

Allah s.w.t memberitahu bahawa bulan adalah ketentuan waktu bagi manusia, dan ini berlaku secara umum untuk segala hal, sementara haji disebutkan secara khusus, kerana ia memiliki keistimewaan. Atas dasar inilah maka beberapa kewajipan di dalam syariat islam mempunyai waktu-waktu tertentu yang mana bulan menjadi penentunya. Termasuk juga ibadah puasa dan masa i'dah, ia juga disebutkan di dalam Al-Quran.

Hadis Nabi SAW

disebutkan di dalam kitab Sahih al-Bukhari, daripada Abdullah Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Puasalah kamu sekalian sekiranya sudah melihat anak bulan dan berbukalah kamu jika sudah melihat anak bulan. Apabila anak bulan tersebut tertutup atau tidak dilihat oleh kamu, maka genapkanlah hitungan bulan Sya'aban 30 hari"

Apabila Abdullah ibn Umar r.a. telah melalui hari ke 29 daripada bulan Sya'aban, maka dia akan menyuruh seseorang untuk melihat bulan. Apabila orang tersebut telah melihatnya, maka itulah (petanda awal bulan Ramadhan), tetapi jika dia belum melihatnya dan tidak ada awan atau kabus yang menghalangi pemandangannya, maka itu petabda belum masuk waktu puasa. Akan tetapi, jikalau awan atau kabus menghalang pandangan ketika itu, maka dianggap sudah tiba waktu puasa.


Kriteria Imkanur-Rukyah

Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah
(kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan apabila kedudukan hilal
ketika matahari terbenam pada akhir bulan qamariah berada dalam keadaan yang
memungkinkan kenampakannya.

Jawatankuasa Kaji semula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data
rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara anggota MABIMS iaitu Malaysia dan
Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan
satu kriteria imkanur-rukyah kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk
diterimapakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan
Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992
di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah sekiranya ijtimak telah berlaku pada 29
Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal
dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

(a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak
kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang
daripada 3°.

ATAU

(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam
(selepas ijtimak berlaku). (ijtimak = bumi,bulan dan matahari berada dalam satu baris)

Mulai 1995 pemakaian kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua
bulan-bulan qamariah.

Kedudukan Hilal Kriteria Imkanur-Rukyah;



Kedudukan Hilal Relatif Dengan Matahari Ketika Matahari Terbenam Bagi
Kenampakan Awalnya Hilal Menurut Kriteria MABIMS

Umur Hilal (anak bulan) Keluar Dari Garis Ijtimak, Sama atau Lebih 8 Jam


Kesimpulannya kita perlulah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai hal ehwal agama kita dengan lebih serius lagi. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah fardhu keatas setiap muslim.

sekian...
created by ako